Ustaz maut tergelincir, jatuh dari ketinggian 8m, kepala terhantuk batu ketika mandi di air terjun

廣告-請繼續往下閱讀

廣告-請繼續往下閱讀

廣告-請繼續往下閱讀

Mangsa terjatuh kira-kira lapan meter setelah tergelincir dari atas batu di Air Terjun Lasir di Tasik Kenyir dalam kejadian tengahari kelmarin.

Ustaz maut tergelincir, jatuh dari ketinggian 8m, kepala terhantuk batu ketika mandi di air terjun

 

KUALA BERANG - Kegembiraan sekumpulan guru agama dan pelajar menyertai program di Tasik Kenyir bertukar duka apabila salah seorang daripada mereka maut setelah tergelincir daripada batu di Air Terjun Sungai Lasir, tengahari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengahari itu, mangsa, Wan Ahmad Faiz Wan [email protected], 36, beralamat di Taman Sri Aman Dalam, Pasir Puteh jatuh jatuh dari ketinggian kira-kira lapan meter di atas batu bahagian bawah sebelum masuk ke dalam air.

 

Terdahulu, guru tahfiz Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan itu tiba sekitar jam 10.30 pagi bersama keseluruhan 18 guru tahfiz dan enam pelajar menaiki sebuah rumah bot dan berhenti di kawasan Air Terjun Sungai Lasir.

廣告-請繼續往下閱讀

Mayat mangsa yang meninggal dunia setelah tergelincir dari atas batu di Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir tengahari kelmarin dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah

siasat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, polis menerima panggilan jam 1.20 petang dari orang awam memaklumkan berhubung kejadian itu.

 

「Mulanya, mangsa bersama rakan mandi di kawasan air terjun tersebut.

「Berdasarkan cerita rakannya (saksi), dia nampak mangsa tergelincir dari atas batu lalu terhempas pada batu-batu di bahagian bawah setinggi kira-kira lapan meter.

「Kemudiannya, mangsa dilihat terus terjatuh ke dalam air sedalam lebih kurang tiga meter dan tenggelam,」 katanya.

Beliau berkata, rakan-rakannya cuba membantu dan menyelamatkan mangsa yang tenggelam dalam air, namun didapati mangsa telah meninggal dunia.

「Terdapat kesan luka di kepala mangsa akibat terhentak pada batu.

「Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu jam 5.30 petang untuk bedah siasat,」 katanya.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.