7篇Ulasan練習以及參考答案

7篇Ulasan練習以及參考答案 

練習一

 

參考答案

Barangan buatan Malaysia ialah barangan yang dihasilkan di negara kita sendiri. Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan membeli barangan buatan Malaysia. Antaranya, kita dapat menjimatkan perbelanjaan

keluarga kerana harga barangan tempatan lebih muroh berbanding barangan import. Selain itu, kita dapat menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Di samping itu, industri tempatan juga dapat dimajukan dan membantu rakyat menambah pendapatan supaya dapat hidup dengan lebih selesa. Seterusnya, penghasilan barangan tempatan yang mendapat sokongan rakyat akan meningkatkan imej negara pada pandangan pelancong dan dunia luar. Kesimpulannya, belilah barangan buatan Malaysia kerana "Produk Malaysia Kebanggaan Kita".

 

練習二  

 

參考答案

Rajah menunjukkan kebaikan bekerja sendiri. Banyak kebaikan yang diperoleh dengan bekerja sendiri. Antaranya, dapat mengubah tatacara bekerja seseorang  itu merijadi lebih positif. Selain itu, dengan bekerja sendiri kita bebas menentukan waktu bekerja kerana mempunyai waktu bekerja yang bebas. Di samping itu, bekerja sendiri tidak membuatkan seseorang tertekan dengan pihak atasannya. Dengan bekerja sendiri juga kita dapat menentukan rezeki sendiri. Kesimpulannya, bekerja sendiri lebih baik daripada bekerja dengan orang lain

廣告-請繼續往下閱讀

 

練習三

參考答案

Peta buih menunjukkan cara-cara menjadi murid cemerlang. Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjadi murid cemerlang. Antaranya, kita mestilah membuat jadual belajar harian dan mematuhi

jadual tersebut supaya masa kita terancang. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan teknik mengulang kaji pelajaran yang betul dan berkesan. Di samping itu, kita mestilah sedar akan kelemahan diri kita dan berusaha untuk memperbaikinya. Seterusnya, setelah melakukan pelbagai usaha kita hendaklah berdoa kepada Tuhan supaya kita memperoleh kejayaan. Kesimpulannya, kejayaan yang cemerlang memerlukan usaha yang berterusan.

 

練習四

參考答案

Pemimpin negara merupakan individu yang banyak berjasa kepada negara. Antara cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai pemimpin adalah dengan membina muzium negarawan supaya rakyat dapat

mengenali permimpin dengan lebih dekat. Selain itu, buku biografi mengenai pemimpin boleh diterbitkan sebagai tanda kita menghargai pemimpin kita. Di samping itu. bangunan-bangunan dan jalan-jalan boleh dinamakan sempena nama pemimpin bagi memperingati jasa mereka. Contohnya, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun HS Lee. Kesimpulannya, hormati dan hargailah pemimpin yang banyak berjasa kepada negara kita.

 

練習五

廣告-請繼續往下閱讀

參考答案

Gambar rajah menunjukkan cara-cara memupuk perpaduan kaum. Antara cara memupuk perpaduan kaum adalah mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan taman perumahan. Selain itu, kita hendaklah

mengamalkan kunjung-mengunjung sempena hari-hari perayaan. Di samping itu, sambutan hari keluarga boleh diadakan di taman perumahan. Seterusnya, penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk perpaduan kaum kerana mereka sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Kesimpulannya, kita wajarlah membina semangat kejiranan di kawasan kejiranan kita yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

 

練習六

參考答案

Gambar rajah menunjukkan cara-cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Antaranya, kita tidak boleh menggunakan telefon bimbit ketika memandu kerana akan mengganggu tumpuan pemanduan. Selain itu, kita mestilah mematuhi lampu isyarat. Di samping itu, kita juga mestilah memandu dengan had laju yang ditetapkan untuk mengelakkan kemalangan. Seterusnya, kita wajib memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan pemanduan. Keadaan struktur jalan raya juga perlu diambil be rat supaya Pengguna jalan raya dapat memandu dengan selamat.

廣告-請繼續往下閱讀

練習七

 

 參考答案

Gotong-royong membersihkan Taman Perumahan Cheras Perdana akan diadakan pada 20 Januari 2016, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Para penduduk akan berkumpul di balai raya Taman Cheras Perdana untuk mendengar taklimat sebelum gotong royong. Tujuan gotong royong ini diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan tempat tinggal. Selain itu, gotong royong juga bertujuan untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes. Seterusnya, melalui program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan sesamajiran.