Ini panduan jika guru atau pelajar tersesat di hutan

廣告-請繼續往下閱讀

Ilmu survival dan pengalaman perkhemahan membantu individu untuk survival sekiranya tersesat di dalam hutan.

Ini panduan jika guru atau pelajar tersesat di hutan

 

Ini antara panduan apa yang boleh dibuat jika guru atau pelajar tersesat di hutan:

1. Jangan panik dan kekal positif

Perlu proaktif mempraktikkan apa sahaja ikhtiar sementara mencari jalan keluar atau menunggu bantuan.

2. Buat unggun api

Elak gangguan haiwan liar

Memanaskan badan pada waktu malam

Boleh memasak

Asapnya pula membantu menjadi panduan petugas terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat

3. Cari tempat berlindung

Daripada cuaca buruk

Serangan haiwan liar ataupun

haiwan berbisa

4. Ikut laluan ke hilir sungai

Alirannya akan menghala ke arah sungai besar dan laut.

Kebiasaannya terdapat penempatan manusia di sekitar hilir sungai

Boleh dijadikan sumber air bagi meneruskan survival di dalam hutan

5. Pergi ke tempat tinggi

Untuk meninjau persekitaran

Memudahkan dikesan berbanding berada di lembah

Memantulkan cahaya menggunakan cermin

Buat tanda SOS untuk mendapatkan

廣告-請繼續往下閱讀

廣告-請繼續往下閱讀

 

Rahsia Survival Umaisarah - 19 Hari Sesat di Gunung Tahan

Petikan Utusan Malaysia: UMAI TIDUR DI CELAH BATU, MINNUM AIR SUNGAI 19 HARI

Oleh SHAMSIAH ZULKAFLI

KUANTAN 26 Feb. – Langsung tidak menjamah makanan dan cuma minum air sungai serta setiap malam kesejukan tidur di celah batu adalah antara pengalaman perit Nur Umaisarah Sameaun, yang hilang selama 19 hari di Gunung Tahan.

Kesengsaraan menahan lapar dan cuma meneguk air dari Sungai Putih sejak hilang dari kumpulan rakannya pada pagi 7 Februari lalu, tidak membuatkan gadis berusia 21 tahun itu berputus asa untuk terus bertahan.

Nur Umaisarah mengatasinya dengan cara setiap kali tiba waktu makan tengah hari atau malam, dia memejamkan mata dan membayangkan dirinya sedang menikmati hidangan yang lazat.

Sementara itu, ditanya mengenai rahsia kekuatannya bertahan tanpa makanan sepanjang berada di dalam hutan, Nur Umaisarah memberitahu:

「Walaupun saya terlalu lapar dan berlaku beberapa insiden menyebabkan saya cedera tetapi saya tidak pernah panik, mungkin itulah yang memberi kekuatan untuk saya terus bertahan.」

Komen Aurakaya:

Pada tahun 1997, saya juga pernah mengikuti ekspedisi mendaki gunung tertinggi di Semenanjung ini. Dalam banyak-banyak gunung yang pernah saya daki termasuk gunung tertinggi di Asia Tenggara (Gunung Kinabalu), ternyata Gunung Tahan memiliki cabarannya yang tersendiri. Hanya sesiapa yang benar-benar 'tahan' saja layak untuk menawan puncak Tahan.

Kisah Umaisarah yang tersesat dalam ekspedisi tersebut membuatkan saya 'recall' semula pengalaman ekspedisi saya 11 tahun lalu. Saya juga boleh rasakan bagaimana payahnya beliau meredah denai dan sungai secara berseorangan tanpa bantuan rakan.

Ternyata beliau seorang yang cukup cekal, berani, gagah dan tabah dari segi mental dan spiritual apatah lagi ketika menghadapi semua rintangan. Bukan semua orang terutamanya wanita dapat menguasai diri dari perasaan takut apabila menjelang waktu malam. Apatah lagi jika pernah mendengar kisah-kisah mistik yang ada sekitar Gunung Tahan.

廣告-請繼續往下閱讀

Suasana malam di hutan belantara amat berbeza sekali. Macam-macam boleh terjadi. Binatang buas boleh muncul pada bila-bila masa. Jika anda tidak risaukan gangguan mistik atau binatang buas sekalipun, harus diingat haiwan berbisa seperti lipan dan jengking ada di mana-mana di dalam hutan. Begitulah risikonya bermalam di dalam hutan, apatah lagi selama 19 malam.

Oleh itu saya amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Umaisarah yang terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan ritangan semasa beliau sesat selama 19 hari di dalam hutan. 19 hari hidup dalam keadaan serba kekurangan sememangnya memeritkan terutamanya apabila kehabisan bekalan makanan.

Sebenarnya rahsia terbesar dalam kes survival Umairah ini datang dari Body, Mind and Soul beliau. Beliau tidak panik, minda beliau dalam keadaan tenang dan tidak stress, membolehkan beliau terus befikiran waras termasuk melakukan visualisation.

Samada beliau memahami konsep visualization atau tidak, namun beliau telah mengaplikasikannya dengan baik sekali. Beliau membayangkan apa yang beliau minum itu sebenarnya adalah satu hidangan yang lazat.

Soul (spiritual) beliau juga amat kuat, kerana beliau sama sekali tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu dan sering berdoa kepada yang Maha Kuasa. Dengan kuasa spiritual yang ada dalam diri, beliau yakin bahawa Allah SWT akan melindungi dirinya sepanjang sesat di dalam hutan.

Gabungan Minda dan Spiritual ini turut membantu Body (jasad) beliau untuk terus bertenaga. Dengan cara ini minda separa sedarnya akan menghantar signal kepada seluruh jasad beliau memberitahu supaya mempercayai apa yang diminum itu adalah makanan yang lazat dan berkhasiat membolehkan badan beliau terus gagah mengharugi cabaran hari-hari seterusnya dengan kuasa Allah.