KPM perluas Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta - Maszlee

KPM perluas Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta - 

Maszlee

 

廣告-請繼續往下閱讀

Pada fasa pertama ketika ini, sebanyak empat sekolah arus perdana telah mengambil bahagian dan jumlah sekolah berkenaan akan ditambah dari semasa ke semasa. - Gambar fail

NILAI: Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta untuk membantu sekolah tahfiz memastikan pelajar-pelajar pusat pengajian itu mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja, akan diperluaskan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ianya merupakan satu pendekatan strategik bagi memberi peluang kepada pelajar tahfiz yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mengikuti pelajaran dan pembelajaran secara formal dan bersistematik di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Katanya, pada fasa pertama ketika ini, sebanyak empat sekolah arus perdana telah mengambil bahagian dan jumlah sekolah berkenaan akan ditambah dari semasa ke semasa.

 


Tambahnya Program Intervensi ini merupakan inisiatif pendidikan secara intensif dan bersistematik kepada murid tahfiz swasta berdaftar berumur 17 hingga 18 tahun sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan SPM.


KPM menyediakan pendidikan secara formal kepada murid tahfiz swasta melalui pengajaran dan pembelajaran enam mata pelajaran teras yang disampaikan oleh guru kementerian di premis KPM sebagai ruang dan peluang kepada mereka berada dalam sistem arus perdana pendidikan.


"Kementerian Pendidikan menyediakan pendidikan arus perdana kepada pelajar tahfiz swasta agar mereka dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka boleh belajar dengan guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri di premis kita iaitu di sekolah.

"Pendekatan strategik ini akan membawa dimensi baru dalam arus pendidikan negara bagi memberi peluang pelajar tahfiz mengikuti P&P (Pelajaran dan Pembelajaran) secara formal, lebih bersistematik dan menduduki peperiksaan SPM,」 katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka, di sini hari ini.

廣告-請繼續往下閱讀


Program itu dilaksanakan secara rintis di SMK Bekok, Segamat, mulai 2017 membabitkan pengambilan 30 murid dan diikuti 24 orang lagi pada tahun lalu.


Beliau berkata, pelaksanaan program itu di SMK Desa Cempaka menggunakan model rakan strategi dengan pengambilan murid tahfiz swasta daripada Maahad Tahfiz Al-Quran An-Najihah, Kampung Jijan, Nilai.


Beliau berharap agar program intervensi ini mendapat kerjasama yang wajar dari semua pihak yang terlibat sama ada pihak KPM dan sekolah tahfiz swasta kerana program ini memberi impak yang sangat positif khususnya keyakinan dari aspek akses pendidikan yang berkualiti di sekolah KPM.


Bagi fasa pertama, program ini dilaksanakan di SMK Bekok, Segamat, Johor, SMK Benut, Pontian, Johor, SMK Desa Cempaka, dan Naahad Tahfiz Al-Quran An-Najihah, Nilai, Negeri Sembilan.

 

Ingin masukkan anak ke sekolah tahfiz, yang mana terbaik? Boleh cuba tips ni

 

Mula-mula sekali kita sebagai ibu bapa kita perlu tahu apa target kita terhadap anak-anak.

Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza, jadi jalan pengajian mereka juga tidak akan sama.

Ada dua senario bagi Pengajian Tahfiz.

1. Menghafaz Al-Quran semata-mata, tanpa ada pengajian akademik, dan tanpa menduduki apa-apa peperiksaan awam, ini yang telah diikuti oleh empat orang anak lelaki saya.

2. Pengajian Tahfiz dengan Akademik, dan melalui semua peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM dan seumpamanya.

 

Tip memilih sekolah tahfiz

Kedudukan atau Geografi

Pilih sekolah tahfiz yang kedudukannya agak jauh dari kesibukan kota. Misalnya di kawasan kampung atau sedikit pedalaman. Keadaan ini membantu anak-anak anda memberi fokus lebih maksima dalam usaha mereka menghafal al-Quran.

Latar belakang

Sebaik-baiknya carilah tempat yang lebih 『veteran』 yang telah banyak melahirkan huffaz yang berjaya. Tidak menjadi masalah jika lebih berminat kepada sekolah-sekolah tahfiz yang lebih baru, namun sebaik-baiknya selidiklah prestasi sekolah tersebut terlebih dahulu.

廣告-請繼續往下閱讀

Guru

Pilihlah sekolah tahfiz yang mempunyai guru tahfiz berpengalaman. Sebuah sekolah yang mempunyai bilangan guru tetap lagi berpengalaman menunjukkan kecemerlangan serta iltizam sekolah yang tinggi dalam misi dan visi mereka.

Sistem

Pilih sekolah tahfiz yang mempunyai sistem pengajian yang baik. Sistem yang dimaksudkan adalah sistem tahfiz yang tersusun dan konsisten.

Bi』ah Tarbiyyah

Berilah keutamaan untuk memilih sekolah tahfiz yang mempunyai suasana mendidik atau bi』ah tarbiyyah yang baik.

Kebanyakan sekolah tahfiz – terutama yang 'veteran' – sudah sebati dengan keadaan ini. Pelajar dibiasakan berjubah, berserban, wajib solat berjemaah dan sebagainya. Ini penting bagi menjadikan jiwa anak-anak terdidik dan lembut seterusnya memudahkan al-Quran mendiami hati-hati mereka. Sebaik-baiknya, 40 hari pertama jangan benarkan mereka balik ke rumah.

Biarkan mereka benar-benar sebati dengan keadaan madrasah, Insya-ALLAH mereka akan lebih mudah melalui proses seterusnya.