Ibu tunggal tiga anak tinggal dalam reban ayam

PASIR PUTEH – Seorang ibu tunggal bersama dengan tiga anaknya yang mengalami kesempitan hidup terpaksa tinggal di reban ayam sejak beberapa bulan lalu di Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal, di sini.

Rabiatul Adawiyah Ayub, 32, berkata, kehidupannya berubah selepas bercerai dengan suaminya tahun lalu dan lelaki itu tidak mampu menampung keperluan anak-anaknya selepas mengalami kecederaan parah susulan terlibat dalam kemalangan.

「Selepas bercerai, pada awalnya bekas suami sewakan rumah dan sediakan keperluan harian anak-anak. Selepas kemalangan, dia tak dapat bekerja dan tak mampu nak tampung keperluan anak-anak lagi.

「Jadi, saya buat keputusan untuk balik ke kampung emak tetapi terpaksa duduk dalam reban ayam ini kerana saya tidak mahu menyusahkan mak untuk menumpang kerana rumahnya juga kecil,」 katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.

廣告-請繼續往下閱讀

Reban ayam itu yang terletak di sebelah rumah kecil ibunya sudah lama tidak digunakan, dibersihkan dan dijadikan sebagai tempat tinggal Rabiatul dan anak-anaknya.

Kehidupan merka juga tidak terurus terutamanya dalam soal makan-minum dan pemakaian di mana mereka hanya makan nasi sekali sehari untuk mengisi perut.

Bagi menyara anak-anaknya, Rabiatul menjaja kain secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Bukit Abal.

「Memandangkan anak-anak masih kecil, sukar untuk saya bekerja. Buat masa ini saya jual kain yang dibekalkan oleh kakak. Selepas hantar anak sulung ke sekolah, saya akan mula menjaja kain atau kutip duit jualan kain.

「Setiap hari pada waktu pagi atau tengah hari, saya akan beli nasi bungkus untuk makan bersama anak-anak. Waktu petang dan malam kami ikat perut atau makan makanan ringan,」 katanya.

廣告-請繼續往下閱讀

Difahamkan, Rabiatul mempunyai seorang lagi anak yang diserahkan kepada kakaknya untuk dijaga, sebaik anak keempat itu dilahirkan awal tahun lalu. Rabiatul terpaksa berbuat demikian walaupun hatinya terasa berat, kerana dia tidak mampu. Dia redakan juga kerana anak itu dijaga oleh kakaknya sendiri.

Kisah hidup Rabiatul dan anak-anak sebelum ini viral di media sosial. Sejak viral itu, ramai individu dan pihak yang datang menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan dan makanan, malah bahan untuk membina rumah juga dihantar ke tempatnya.

「Hari ini ada orang parti politik datang jenguk, saya tak kenal. Ada orang lain daripada NGO, mereka ada bagi sumbangan bekalan makanan dan duit.

「Selain itu ada yang mula menghantar barang-barang untuk membina rumah. Katanya rumah akan dibina tidak lama lagi untuk menggantikan reban ayam ini,」 katanya.

Rabiatul berterima kasih dengan keprihatinan masyarakat yang sudi membantu keluarganya itu.

Kepada mereka yang mahu membantu, boleh menghubungi keluarga ini di talian 017-9689519.

Ibu tunggal tiga anak tinggal dalam reban ayam

 

 

Ibu tunggal bersama tiga anaknya di hadapan reban ayam yang dijadikan tempat berteduh di Kampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.

廣告-請繼續往下閱讀

PASIR PUTEH - Kekangan kemiskinan memaksa seorang ibu tunggal dan tiga anak tinggal dalam reban ayam di belakang rumah ibunya, di Kampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal, di sini tanpa sebarang kemudahan. 

Rabiatuladawiyah Ayub, 32, yang berpisah dengan suaminya sejak enam bulan lalu memilih reban ayam yang dibaiki dengan dinding zink terbuang sebagai kediaman mereka sekeluarga kerana tidak mahu mengganggu dan membebankan ibunya.

Menurutnya, bekalan letrik disambung dari rumah ibunya sekadar untuk satu lampu sahaja dan tiada ruang dapur mahupun bilik tidur.

 

"Saya juga mendapat bekalan air dari rumah ibu dan sekali sekala memasak dan makan di luar rumah yang dahulunya adalah reban ayam.

" Rumah ibu juga kecil dan hanya ada satu bilik sahaja sememangnya tidak sesuai untuk kami tinggal di situ. Apa lagi  ibu baharu sahaja berkahwin dengan lelaki pilihannya," katanya yang tinggal di situ sejak dua bulan lalu.

Rabiatuladawiyah berkata,  anaknya, Wan Nurdhia Irdina Wan Rubuan, 7, Wan Mohd. Aniq Anaqi, 6, dan Wan Mohd Firas Irfan, setahun, hanya makan nasi sekali sehari kerana tidak ada sumber pendapatan.

"Saya juga gagal membekalkan wang saku sekolah kepada Wan Nurdhia Irdina. Saya tidak memasak kerana tidak ada dapur, duit jiran bagi saya gunakan untuk beli makanan. Paling utama empat bungkus nasi untuk sekali makan," katanya.

Kisah keluarga ini tular di laman sosial selepas pemderitaan hidup mereka dikesan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Mohd. Asri Abdullah.

Menurut Mohd. Asri gabungan lebih 12 NGO bersetuju untuk membantu keluarga tersebut dengan pelbagai pendekatan bagi membela nasib ibu tunggal berkenaan.

Katanya, salah seorang pimpinan NGO, Mohd. Zamrud Hassan sedang berusaha mendapatkan dana untuk membina rumah bagi menggantikan reban ayam.

廣告-請繼續往下閱讀

Sementara itu, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Abd. Pattah Hasbullah berkata,  kisah keluarga berkenaan sudah mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

「JKM telah menghulurkan bantuan segera bagi meringankan bebanan ibu tunggal yang tinggal dalam ruang sempit di atas tanah yang hanya beralaskan tikar.

"Kita juga sedang mengurus bantuan bulanan untuk anaknya sebanyak RM300 sebulan, manakala siasatan lebih terperinci sedang dilakukan oleh penggawa kawasan tersebut," katanya. - K! ONLINE