Jururawat cedera dilibas bilah kipas stabil

Jururawat cedera dilibas bilah kipas stabil

 

廣告-請繼續往下閱讀

Seorang jururawat cedera selepas bilah kipas tercabut sebelum menimpanya ketika melakukan tugas di SMK Damai Jaya, Skudai, Johor Bahru, Johor, Selasa lalu.

JOHOR BAHRU - Seorang jururawat pergigian wanita mengalami kecederaan selepas kipas siling tercabut dan terjatuh ke atasnya ketika melakukan tugas Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPS) di Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya, Skudai Selasa lalu.

Tiga keping gambar berhubung kejadian itu tular di laman sosial sejak semalam menunjukkan muka jururawat berlumuran darah selain bilah kipas yang tercabut.

 

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, kejadian itu berlaku ke atas seorang petugas Penolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (Tuta), Skudai.

Susulan itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd. Aziz mengesahkan kejadian itu menimpa petugas PPK Selesa lalu.

"Saya ada terima mengenai perkara ini, mangsa merupakan seorang Penolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (Tuta), Skudai.

"Bagaimanapun kecederaan yang dialami petugas ini tidak lah serius dan sudah menerima rawatan di Unit Pesakit Luar, beliau juga turut diberikan cuti lanjutan sehingga benar-benar sembuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

廣告-請繼續往下閱讀

Bilah kipas yang patah dan terkena jururawat (kanan) dalam kejadian di SMK Taman Damai Jaya, Skudai pada 15 April lalu. - Foto ihsan Malaysian Response Team

Misi cedera ditimpa bilah kipas siling

 

JOHOR BAHRU: Seorang jururawat cedera ditimpa bilah kipas siling ketika menjalankan tugas Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPS) di sebuah sekolah di Skudai, di sini.

 

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz, berkata kejadian terbabit dilaporkan berlaku di bilik rawatan sekolah berkenaan, Selasa lalu.

 

「Saya maklum mengenai perkara ini manakala mangsa adalah seorang Penolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) Skudai.

 

「Bagaimanapun, kecederaan dialami petugas ini tidak serius dan dia sudah menerima rawatan di Unit Pesakit Luar, Hospital Sultanah Aminah (HSA).

 

「Dia turut diberi cuti lanjutan sehingga benar-benar sembuh,」 katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Dr Selahuddeen berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada sebilah kipas siling dalam bilik rawatan berkenaan tercabut sebelum jatuh terkena badan petugas itu.

 

Katanya, kipas dalam bilik itu dilaporkan sudah usang manakala satu daripada bilahnya tercabut.

 

「Bukan keseluruhan kipas yang jatuh dan menghempap petugas itu seperti yang tular di media sosial.

 

「Pegawai kami sudah menemui mangsa manakala siasatan akan dijalankan kerana ia membabitkan keselamatan kakitangan,」 katanya.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

 

Kes berkenaan tersebar luar di laman sosial menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik memperlihatkan seorang jururawat Kementerian Kesihatan dirawat dengan keadaan masih beruniform.

 

Gambar itu turut memaparkan mata jururawat itu dibalut kain, selain kesan darah pada pakaian seragamnya.