Remaja lemas mandi di tasik

Mayat Muhammad Azzaly Azman, 15, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya ditemukan pukul 8.53 pagi tadi.

KUALA LANGAT - Kegembiraan lima sahabat mengisi masa senggang di Taman Tasik Desa Kemandol, Jenjarom di sini bertukar tragedi dengan seorang daripadanya ditemui lemas ketika mandi di tasik tersebut hari ini.

Mayat Muhammad Azzaly Azman, 15, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya ditemukan pukul 8.53 pagi.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa bersama empat rakannya dari sekolah yang sama telah ke tasik tersebut kira-kira pukul 3.30 petang semalam dari Telok Panglima Garang.

Katanya, tujuan lima sahabat itu adalah untuk beriadah di kawasan tersebut.

"Selepas sejam melepak di taman itu, mangsa bersama dua sahabatnya telah turun mandi di tasik berkenaan.

"Bagaimanapun, mangsa didapati tenggelam ketika hendak ke seberang tasik kira-kira setengah jam selepas mandi tasik itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya tiba di lokasi kejadian pukul 6.21 petang semalam bagi tujuan operasi mencari dan menyelamat (SAR). 

Ujarnya, bagaimanapun mayat mangsa hanya ditemui pagi tadi pada jarak 15 meter dari tebing tasik taman tersebut.

廣告-請繼續往下閱讀

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan disahkan mati akibat lemas tanpa sebarang unsur jenayah. 

"Jenazah mangsa telah dituntut oleh pihak keluarga untuk dikebumikan," jelasnya. 

 

Pelajar lemas mandi tasik

BANTING: Seorang pelajar lemas ketika mandi bersama empat rakannya di Tasik Taman Desa Kemandol, Jenjarom, di sini, semalam.

 

Bagaimanapun, mayat mangsa, Muhammad Azzaly Azman, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya ditemui pasukan penyelamat pada jam 8.53 pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata siasatan awal mendapati mangsa bersama empat rakan sekolahnya itu pergi ke tasik berkenaan, pada jam 3.30 petang semalam.

 

 

Mayat Muhammad Azzaly Azman, 15, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya ditemukan pukul 8.53 pagi tadi.

「Mereka yang datang dari Telok Panglima Garang dan Sijangkang itu dipercayai mahu beriadah di kawasan berkenaan.

 

「Kira-kira sejam kemudian, tiga daripada mereka termasuk mangsa turun untuk mandi di tasik berkenaan.

 

「Namun, mangsa didapati tenggelam ketika hendak menyeberangi tasik dan tidak lagi timbul manakala dua rakannya berjaya naik ke atas tebing,」 katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

廣告-請繼續往下閱讀

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya tiba di lokasi kejadian bagi tujuan operasi mencari dan menyelamat pada jam 6.21 petang.

 

「Mayat remaja lelaki itu berjaya ditemui pada jarak 15 meter dari tebing tasik berkenaan pagi tadi.

 

「Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan disahkan meninggal dunia akibat lemas,」 katanya.

Azizan berkata, jenazah Allahyarham sudah dituntut keluarga untuk urusan pengebumian.