Nok tinggal rumah doh - Gurauan terakhir dua beradik jadi kenyataan

 

TERENGGANU

 

廣告-請繼續往下閱讀

『Nok tinggal rumah doh』 - Gurauan terakhir dua beradik jadikenyataan

 

「Nok (nak) tinggal rumah doh」, itulah gurauan terakhir duaberadik kepada ibunya sehari sebelum ditemui lemas di dalam parittali air di Kampung Gong Baru, semalam.

Mayat dua beradik , Muhammad Harries Daniel  Fauzi, 11, danabangnya, Muhammad Azreil Haikal,13, ditemui dalam keadaan kakibersilang antara satu sama lain oleh orang kampung pada jam 7pagi.

Difahamkan, mangsa yang juga anak kedua dan ketiga daripada limaberadik dikatakan keluar sejak petang kelmarin.

Malah, ahli keluarga dan penduduk kampung mula mencari mangsabermula jam 10 malam selepas datuk mereka memaklumkan dua beradiktidak pulang ke rumah.

Ibu saudara, Nor Juraidah Mahmud, 35, berkata, biasanya duaberadik itu bermain di padang bola ataupun mencari buluh di kawasansemak berhampiran rumah untuk buat layang-layang dan memang akanbalik ke rumah sebelum ataupun pada waktu Maghrib.

「Tapi kelmarin, mereka dok (tak) balik, kami sekeluarga takfikir apa-apa lagi  dan cuba cari di kawasan mereka sukabermain.

「Sehinggalah kira-kira jam 10 malam, mereka masih tak dijumpai,jadi kami pun minta tolong jiran terdekat untuk mencari,」 katanyaketika ditemui di lokasi kejadian.

Tak sangka mangsa bermain di tali air

Jelasnya, memang tidak terfikir yang dua beradik itu akanbermain di sekitar kawasan parit tali air berkenaan kerana selamaini mereka tidak pernah bermain di sana. 「Pada awalnya memang kamidok (tak) cari di lokasi kejadian sebab tak terfikir mereka akanbermain di sini.

「Tapi selepas puas mencari di lokasi yang mereka selalu maintidak jumpa, orang kampung cuba mencarinya di sini (lokasi), tapimemang tak ada.

廣告-請繼續往下閱讀

「Sehinggalah semalam orang kampung ternampak mayat merekaterapung,」 katanya.

Kata Nor Juraidah lagi, dia hanya mengetahui kejadian menimpadua beradik itu pada jam 9 pagi sebelum bergegas ke lokasikejadian.

「Memang terkejut melihat keadaan mereka dan tidak pernahmenyangka kejadian  ini akan berlaku.

「Mereka tidak pernah sampai ke kawasan ini apatah lagi untukmandi di tali air itu.

「Memang terkejut tetapi saya reda dengan kejadian menimpamereka,」 katanya.

Sangat rapat sejak kecil

Jelasnya lagi, dua beradik ini sangat rapat sejak kecilberbanding adik beradik yang lain dan tidak menyangka merekameninggal dunia pun bersama dengan cara kematian yang sama.

Jenazah dua beradik itu dikebumikan Tanah Perkuburan Islam GongTok Nasek dalam satu liang lahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu AsistenKomisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi Sinar Harianmengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, mayat dua beradik dibawa ke Unit ForensikHospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sebelum diserahkankepada keluarga untuk urusan pengebumian.

「Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,」 katanya.