Bijak Pelajar Ini. Pelajar Ini Telah Buktikan Selalu Tertidur Pun Tetap Dapat 11A !!! Apa Rahsianya ?

廣告-請繼續往下閱讀

「Meskipun sering tertidur dalam kelas, namun bukan alasan untukbelajar sehingga memperoleh keputusan cemerlang,」 kata pelajarMaahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Muhammad ThalithMashudi.

Muhammad Thalith, 18, yang menduduki peperiksaan Sijil PelajaranMalaysia (SPM) tahun lalu, memperolehi keputusan cemerlang 11Adalam semua subjek yang diambilnya.

Ketika ditemui, Muhammad Thalith mengakui bukan mudahmengelakkan diri daripada tertidur khususnya ketika waktupembelajaran.

「Sewaktu guru mula mengajar, saya sering tertidur sehinggalahtamat sesi pembelajaran. Mujurlah mereka (guru) memahami situasisaya dan sentiasa memberikan kata-kata semangat.

「Malah, sejak kecil lagi, saya tidak menjadikan perkara itusebagai halangan dalam mencapai cita-cita menjadi juruterapenerbangan,」 katanya.

Menurut Muhammad Thalith, dia turut berkongsi cara pembelajaransepanjang berada di maahad itu.

「Saya tidak suka mementingkan diri. Hampir setiap hari, adarakan bertanya mengenai pelbagai subjek sehingga ada ketikanya,saya tidak sempat mengulangkaji pelajaran.

「Namun, berkat menolong rakan, segala urusan sehariandipermudahkan Allah,」 katanya yang juga anak ketiga daripada limaberadik.

Katanya, kejayaan memperoleh keputusan cemerlang itu berkat doadan restu ibunya Dewi Puspita Masod, 51, dan bapa Mashudi Misban,54.